Selasa, 22 Januari 2013

‎... Tersenyumlah sayang ...

‎... Tersenyumlah sayang ...

Redha dengan ujian yang menimpamu, karena ia akan membuatkanmu kaya di dunia, dan kelak kaya di akhirat. 
Jangan bersedih, kerana Allah itu Maha Pengampun dan rahmatnya Maha Luas. Mungkin ada suara kecil dalam diri anda yang berbisik "kenapa orang lain tidak diuji sepertiku?". 
Sayang, itu kerana kamu terlalu istimewa. Anggaplah ujian ini sebagai satu anugerah. Allah beri anugerah ini hanya untuk kamu seorang sahaja. Tidak boleh dikongsi-kongsi. Tidakkah kamu terasa diri istimewa? Allah memuliakan dirimu dengan anugerah berbentuk ujian. Allah yakin kamu boleh menghadapinya. Sedangkan yang menciptakanmu sendiri yakin dengan keupayaanmu, mengapa tidakkah dirimu? Ingatkah anda kepada SMS cinta daripadaNya yang berbunyi:

Allah tidak menimpa sesuatu ujian kepada hambanya melebihi kesanggupan hamba tersebut.

Kalam Allah yang indah dalam surah Al-Insyirah turut menyebut:

"Fainnama al usri yusra"
Sesungguhnya dalam setiap kesusahan ada kemudahan 

Malahan, kekasih Allah Nabi Muhammad SAW pun diuji dengan ujian yang jauh lebih besar daripada yang menimpa diri kita. Apalah sangat ujian yang kita terima ini? Adakah ujian kepada insan yang mulia itu tanda Allah tidak adil. Atau adakah ia bermaksud Allah tidak menyayangi baginda Rasulullah? Tidak sama sekali. Malah Allah hadiahkan baginda dengan raudhatul jannah yang kekal abadi. Rasulullah meninggalkan penawar buat diri kita yang menimpa musibah:

“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup 
kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri
atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah 
akan meningkatkan darjatnya satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan 
kesusahan tersebut”

[riwayat al-Hakim] 

Percayalah Allah melihat setiap pengorbananmu. Allah tidak pernah mensia-siakan dirimu. Allah tidak pernah menghentikan degupan jantungmu. Di saat kamu tidur semalam, adakah Allah menghentikan aliran darahmu? Adakah Allah menyekat pernafasanmu? Tidak! Kerana Allah masih sayangkan dirimu. Usahlah lihat kepada segala bencana atau dugaan sebagai sesuatu yang membuat dirimu lemah, tetapi pandanglah segala nikmat yang tidak terkira banyaknya. Tidak ada seorang kekasih pun yang boleh memberi nikmat setanding Allah SWT. Sekali lagi saya ajukan persoalan yang sama, mengapa Allah berbuat begitu? 
Jawapannya ada pada dirimu sendiri sayang.

Biar KEPAHITAN itu pergi
Agar KEMANISAN mengisi
Biar KEKECEWAAN berlalu
Agar KEGEMBIRAAN mewarnai
Biar PENDERITAAN itu menyapa
Agar KEKUATAN kita dijana semula
Biar diriku DERITA
Agarku tahu KEPAHITAN itu DERITA
Agarku sedar KESENGSARAAN ini tidak sama
Bahkan hanya CEBISAN dari penderitaan Rasulullah saw
ALLAH sekali-kali tidak menzalimi hamba-NyaTapi MANUSIA-lah yang menzalimi diri sendiri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar